Nashhan's Surprise Party

January 15, 2010

Ghosthunt

Plan nya nak pergi lebih kurang 8 ke 9 orang . Tapi macam biasa lah kan , yg jadi cuma 5 je , ceh -__- Mula mula nak pergi tu kita berpecah , Sam gi amek Ady naik scooter dia , Najiy pula pegi amek Rejab dengan Aizat pakai kereta . Kira kira pukul 12.00 macam tu Sam dengan Ady sampai lah dekat Mc Donalds Petronas dekat MRR2 tu . Tunggu punya tunggu punya tunggu , ingat Najiy nak datang , rupa rupanya dia nak kita check line clear ke tak . Haha , maksud dia tu , ada road block ke tak laa . Najiy tu memang , tade lesen tapi nak berjalan juga ^-^ Sebelum pegi check line tu , Sam suruh Ady call Najiy , nak minta Najiy park kereta depan rumah dia , dia tak nak naik scooter pegi sana , malas katanya . Haha . Bila Ady bagi phone kat Sam suruh talk dengan Najiy , dia resah , patu gelak sinis . HAHAHA ! Itu pun takut ke ? Pelik ouh dia tu . Bila semua dah setuju , Sam dengan Ady pun pegi lah check line dekat area Kemensah tu . Semuanya okay , tade road block . Kita pun balik rumah Sam . . Tengok tengok kereta Najiy tade , pelik jugak aa . Tadi dah janji en . Ady call lah Najiy , Najiy kata dia dekat Ali Food . Grr . Apa pulak dia buat kat situ en -__- Najiy suruh Sam gi sana naik scooter , oh hell no . Sam tak nak . Jadi Sam dengan Ady pun pegi lah Ali Food tu dengan jalan kaki . 10 minit je perjalanan . Tak jauh sangat . Bila dah sampai tu , semua pun dah ada , tapi nampak pulak Adam . Ingat dia nak ikut au , rupa rupanya dia cuma setakat nak lepak mamak je . Agak kecewa lah . Baru bajet nak meriahkan lagi suasana *eceh ayat . Dah lepak kira kira 15 minit macam tu , kita pun nak gerak dah la . Sebelum nak pegi tu , kita ada buat undi au , sapa second , third , fourth and fifth . First tu dah confirm Ady . Cehh ! undi pula bukan pakai kertas ke apa , pakai " lat talilat tali tam plom " HAHAHA ! Macam ni ke budak habis sekolah ? *gelak guling guling . Pegi Kemensah tu sekejap je , 10 minit je . Tak lama en :D Bila dah sampai , benda first kita buat , tangkap gambar . HAHA ! Yelah , dah lama tak bergambar en . Entrance saje dah 10 gambar . Eheh . Lepas tu semua pun masuk ikut undian tadi lah . Masuk lima lima lah , tapi beratur ikut susunan . Bila dah lepas turun tangga yg ada zink tu , Sam pun kata " yeah ! Kita dah berjaya sampai bawah " fuh , bangga dia -__- padahal baru turun tangga . AHAH ! Dah sampai bawah tu pun ada juga yg nak bergambar . Adoi . Letih si fotografer tu . Tangkap punya tangkap punya tangkap , aik , tiba tiba ada satu gambar blur .
Photobucket

Ha ni aa gambar blur tu

Pelik ouh . Setting semua tak tukar pun . Haaa , semua dah start rasa lain sikit dah . Tapi , kita semua tetap rasa nak masuk lagi dalam . Jadi , kita teruskan lah . . Dah masuk dalam tu , ada papan yg dah reput , oh tidak , dah confirm tak boleh pijak punya , kang jatuh sapa susah . Haa . Kita pun tukar pegi bilik lain . Bilik lagi satu tu besar jugak aa . Heh , dah explore tempat tu , Ady pun panggil Aizat , " Jat ! Sini Jat ! " . Aizat pun dah faham lah , dia nak apa lagi kan kalau bukan bergambar . Ahah . Tangkap gambar lagiii . Lepas tu semua jalan dah habis . Tade nampak apa apa pun . Naik balik lah kan . Bila dah sampai entrance tu , Ady dengan Najiy pun naik atas tembok tempat tu , lepas tu buat raut wajah , heh , gambar gambar gambar . enough is enough lah -__- HAHA ! Dah settle semua kita pun nak balik lah . Dah dalam kereta tu , Aizat pun buka al-Quran , baca ayat ayat suci lah . Tak nak bagi kena kacau en balik nanti , heh . Gambar gambar yg dah di snap . .

Photobucket

Tak habis habis dengan tangan dia tu -___-

Photobucket

Maaf , mata buruk ^-^

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Okay sambung , dah turun sampai dekat depan Zoo Negara tu , tengok jam baru pukul 1.30 pagi . Alahai , Sekejap rupanya tadi . Ingat lama dah . Lepas tu semua dah fikir nak pegi mana , ady pun cadangkan lah , nak pegi Highland Towers . Sekejap je , semua pun setuju terus . Boring punya pasal . Heh . Bila dah sampai sana , nampak pulak ada satu group besar kat sana tengah berkumpul . Aizat terus sorok camera dia . HAHA ! Takut kena pau ^-^ Ady pun turun lah kereta tanya , " korang nak ghosthunt jugak er ? " . Ada sorang jawab " ha'ah , baru nak masuk ni . " Ada sorang lagi jawab , " apa ? Roslan ? " . HAHAHAHA ! Gila kelakar ouh ! ^-^ Lepas tu kita pun berkenalan lah dengan semua kat situ . Fuh , ramai jugak geng dia orang , lebih kurang , 15 ke 20 macam tu . Kita pun nak masuk lah kan , bila nak masuk tu , fuh jangan , anjing banyak gila yg menyalak . Tension betul Rasa nak baling je selipar , suruh anjing tangkap . Heh . Ada 3 orang patah balik masa on the way nak masuk tu . Dia orang kata sakit kaki . Tak apa , kita biarkan . Jadi kita pun masuk beramai ramai . Check balik , torchlight ada dua je . Satu Ady pegang , satu lagi torchlight phone tu . Ahhh , semua orang suruh yg pegang torchlight jalan depan sekali , Ady pun ke depan lahh . Tanah kat situ tarik kaki ouh , sekali pijak terus ke dalam . Tapi semua lepas lah masuk kan . Naik tingkat satu , bilik dia besar ouh ! Gila cool ! Ahah , tapi keadaan kat situ dah tak cool lah ^-^ . Adoi . Dah round tingkat satu tu , naik lagi setingkat . Lepas tu , ada sorang buat video , haha , banyak ouh yg dia merepek , cakap bajet tahu je -__-' dah boring boring kat dalam tu , semua pun turun . . Nak keluar tu bukan main senang , ada jalan special . Tapi time nak masuk tadi , semak semua kita redah . Dalam ouh , selamat lah semua survive kan . Haa . Bila semua dah kumpul dekat tempat jumpa tadi , yg 3 orang yg cakap sakit kaki tu pun terus terang lah . Sebenarnya bukan sakit kaki , tapi dia orang ada nampak benda . Tak nak lah bagitahu kan . Kang semua jadi gelabah . Alamak ai , seram aku . FIUH ! Ada satu rumah besar tepi tower tu , kita nak masuk dah , tapi geng tadi kata sekejap , nak tunggu lagi dua member dia orang . Kita pun tunggu lah . Time nak tunggu tu , atas permintaan ramai , Aizat pun keluarkan camera dari kereta . . Snap snap lah en . .
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Sam menari Tarian Zapin ! HAHA ^-^

Photobucket
Photobucket
10 minit kemudian , 2 kereta polis sampai . Ha sudah . Semua pun tergamam . Polis tu tanya , " buat apa kat sini ? " . Semua pun tak jawab . Polis tu tanya sekali lagi , " aku tanya , buat apa kat sini ? Ramai ramai ni ?! " . Haa , dah kena tepek kat situ . Sorang daripada geng tadi jawablah . Ada jugak yg jawab kan , okay lah tu . Lepas tu polis tu tanya sapa kepala buat kerja ni , aduh , kita dah lah datang tak plan , baru kenal pulak tu , semua pun memang tak ngaku lah . Halamak . Dah 3 minit polis tu tanya , ada dua beradik ni ngaku lah kan . Pasrah lah sebab tak nak masuk balai punya pasal . Polis tu pun cakap lah dekat salah sorang daripada yg mengaku tu , " kalau kau tak nak semua masuk balai kau amek torchlight , naik sorang sorang sampai tingkat 13 , lepas tu suluh dekat aku , lepas tu settle lah " . Terdiam terus mamat tu . Ye lah , gila apa naik sorang sorang . Sapa yg naik tu memang tade perasaan ouh . Rayu bukan main lagi en , jadi polis tu pun cakap lah , " korang bincang sama sendiri sekarang , aku nak tau apa korang nak buat untuk tebus kesalahan ni . Kalau aku tak dapat jawapan , kita gi balai " . Semua pun bincang . . Ada sorang dari geng tu cakap dekat yg mengaku kepala plan tu , " weh , kau naik je lah sorang , sampai tingkat 6 je , lepas tu tangga dah roboh . No hal lah " . Gila dia ! Mana mamat tu nak en -__- Najiy pulak bagi buat ketuk ketampi . HAHA ! NONSENSE ! Kita bukan budak sekolah lagi lah nak buat benda cute tu ^-^ Rejab , bajet hebat , dia bagi idea , semua orang buat pumping 30 kali . Haha , semua pun tak diterima polis . Haha . Polis tu tanya , " ada sapa sapa kat sini yg shisha tak ? " . Ada sorang jawab , " saya shisha , tu pun sebab ada kedai dekat Tanjung , belakang Hospital Ampang Putri tu " . Lepas tu dia tanya lagi , " sapa yg hisap dekat sini ? " . Semua jawab , " takda bang , tak ada , semua clean kat sini " . Lepas tu , polis tu tanya , " sapa yg abah dia polis ? " . Sorang pun tade -__- polis tu pun cakap lah , " alamak , kalau ada boleh lah lepaskan . Tapi tak ada , tak payah ah " . Ada sorang menjawab , " haaa , abah saya punya kawan , punya kawan , punya abah , polis . Boleh terima ke bang ? " HAHAHA ! Dia melawak pulak time time macam ni ^-^ Adoi , reda sikit lah kedaan time tu . Dah habis gelak , abang polis tu tunjuk kereta Najiy , tanya , " kereta sapa ni ? " , tak ada orang mengaku . Kali kedua polis tu tanya , " ni kereta sapa ? " . tetap tak ada yg mengaku . Time tu Ady , Rejab , dengan Najiy dah carik orang dah . Cari orang yg ada lesen . HAHAHA ! Dapat lah dua orang , sorang tu pegi kat Najiy , dia cakap , " kau mengaku tu kereta kau , tapi cakap aku drive " , fuh thank goodness ! Najiy pun mengaku . Lepas tu polis minta lesen , ha sudah , Najiy pun cakap , " saya punya kereta , tapi dia drive *tunjuk dekat sorang yg ada lesen tu* " . Polis tu pun amek lesen semua . Kira kira 1/2 jam bincang , kes pun settle lah . Orang yg tolong kita tu nama dia Sham . Sham suruh Sam dengan Aizat naik kereta member dia , Sham , Ady , Najiy , dengan Rejab naik kereta Najiy . Ni nak tunjuk dekat polis tu yg kita "kawan dah lama" lah . Haha . Semua pun bersurai lah , kumpul balik dekat Tanjung , tempat budak shisha punya kedai tadi . Sam dengan Aizat pun masuk la kereta Najiy , Sham tu pegi dekat member dia . Semua pun salam salam , nak balik en . Semua balik lah kan . Kita pulak pegi lepak Mc Donalds MRR2 tu . Nak lepas tension lah katakan . Haha . Dalam Mc Donalds tu semua start bajet , Rejab kata , " polis tu cuak dengan aku tu " -__- tengkorak kau , kau dah terdiam tadi . HAHAH ! Merepek je semua . Dah penat tu semua pun balik , Najiy hantar lah :D . .

No comments:

Post a Comment